Friday, November 15, 2013

#1248 - Daftar Ahli Parlimen Belia Malaysia

Hye Readers,



Aku sebenarnya nak mendaftar sebagai Ahli Parlimen Belia malam ini tapi website dia macam offline jer. Kalau korang nak tahu pada April 2014 Ahli Parlimen Belia akan memulakan persidanganya yang pertama dan aku bukan nak bertanding untuk Ahli Parlimen dia pun, cuma aku ingin mendaftar sebagai pemilihnya sahaja.

Sebenarnya mereka yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun layak untuk menjadi pemilih dengan hanya mendaftar lam web rasmi  Parlimen Belia Malaysia. Manakala belia yang berumur 18 hingga 30 tahun dan berkelayakan serta memiliki potensi kepimpinan yang cemerlang boleh dicadangkan oleh pemilih sebagai calon Ahli Parlimen Belia mengikut kawasan masing-masing.

Walaupun nama dia Parlimen Belia tapi ahli parlimen dia tak dipecahkan mengikut kawasan Parlimen yang sebenar tapi ia satu ahli parlimen akan mewakili satu negeri. Setiap negeri yang mempunyai 100,000 pengundi akan diwakili oleh satu ahli parlimen. Jika sesebuah negeri mempunyai 200,00 pengundi maka negeri terbabit akan di wakili oleh dua orang ahli parlimen, satu ahli parlimen untuk 100,00 pengundi.

Apa yang menarik tentang Parlimen Belia Malaysia ini ialah ia akan menjadi saluran kepada orang-orang muda untuk memberi idea kepada kerajaan dan perkara yang dibincangkan dalam PBM akan dibawa serta diberi perhatian dalam Jemaah Kabinet.

Regards,
-Strider-

15 comments :

  1. tak pernah pulak tau pasal nie...mana tau saya juga boleh mendaftar

    ReplyDelete
  2. pernah tengok video dari KJ pasal bnda ni sebelum ni.. lepas ni nk pi daftar la..

    ReplyDelete
  3. harap2 bincang bukan sekadar bincang. biar ada resolusi. lepas tu, pemerintah kena ambik perhatian. suara orang muda zaman sekarang ni jangan pandang rendah...

    ReplyDelete
  4. bagus2...kesedaran mcm ni laa yg kita cari. esok CiM ada persidangan belia melayu, membentuk jati diri kat hotel Sri Malaysia JB. fokus kepada anak2 melayu, agar bangun dan berjuang utk bangsa.

    ReplyDelete
  5. agak bagus jgk benda ni. tapi agak skeptikal lagi psl menjadi ke x nnti

    ReplyDelete
  6. Baru tahu ni. Mintak-mintak ahli parlimen belia ni bersidang takde gaduh-gaduh macam ahli parlimen betul bersidang.

    ReplyDelete
  7. selamat mendaftar strider
    sm gak dgn akak diary..yumida pun baru tahu

    ReplyDelete
  8. Info yg bagus ni, best juga klu mendaftar ni.. t kasih diatas perkongsian ye.. salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  9. Looking forward nak tengok perjalanannnya coz kalau kat oversea memang ok..kat sini tak taulah macammana nanti..yang penting register dulu..

    ReplyDelete
  10. wahhh, info menarik ni, ika pun tak pernah tahu,
    maknanya ika pun boleh daftar laa ni kan, umur 21 haha

    ReplyDelete
  11. baru akak tahu.. wah.. menarik juga tu.. akak masih tergolong dalam usia belia..

    ReplyDelete
  12. Betul tu setuju dgn bro smbotak...selepas wujudnya Parlimen Belia Malaysia ni, kerajaan harus mendengar suara golongan muda seperti kita.

    ReplyDelete
  13. bru tau pasal nie.. macam best je kalau dftar jd ahli. hehe

    ReplyDelete