Monday, March 3, 2014

#1368 - Smoke/Flare Show Ultras Malaya

Hye Readers,

Sabtu lepas telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Malaysia bertemu Filipina yang berakhir dengan keputusan seri 0-0. Aku tak mahu bercerita pasal cerita ion the field tapi lebih kepada cerita off the field yang melibatkan penyokong yang digelar Ultras Malaya (UM).

Pic Cdt : Berita Harian
Pada hari perlawanan, mereka telah melakukan 30 minutes of silence sebagai satu simbolik 30 tahun kepimpinan FAM yang tiada kemajuan. Selepas 30 minit berlalu mereka bermula chant dan disusuli dengan persembahan smoke dan flare show yang akhirnya membuatkan perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil selama 8 minit bagi tujuan keselamatan.

Dihadapan puluhan ribu penyokong di stadium dan jutaan peminat yang menonton di TV, pelbagai reaksi yang aku baca di media-media social seperti twitter, facebook etc. Ada yang menyokong penuh tindakan Ultras Malaya dan tak kurang juga mereka yang mengecam tindakan mereka.

Pic Cdt: NST
Sejujurnya aku sendiri kagum dengan semangat yang ada pad UM terhadap bolasepak Malaysia tetapi aku kurang bersetuju dengan tindakkan mereka membakar smoke ketika perlawanan sedang berlangsung kerana ia boleh mengganggu rentak perlawanan yang sedang berlangsung disamping faktor2 kesihatan penonton lain terutama mereka yang membawa anak kecil. 

Walaupun apa pun yang terjadi, tujuan mereka adalah jelas dan aku rasa majority penyokong bola sepak setuju dengan apa yang mereka perjuangkan walaupun ada segelintir yang tak bersetuju dengan cara mereka dan mesej ini harus dipandang serius oleh FAM.

Walaupun Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata penyokong UM ini adlah samseng, bagi aku itu adalah kenyataan yang kurang tepat kerana UM hanya mahu perubahan dalam FAM dan itu juga dituntut oleh semua penyokong bola sepak sama ada mereka terdiri daripada Ultras atau tidak.

Bagi mereka yang tak berapa faham apa yang UM ini perjuangkan nanti aku akan share dalam entry akan datang. Sementata itu UM dengan rendah hatinya telah memohon maaf andaikata ada tindakkan mereka yang memberi kesan kepada anda baik dari sudut kesihatan/fizikal ataupun emosi klik sini.

Kepada semua Ultras Malaya diluar sana, teruskan perjuangan anda dalam usaha untuk merombak kepimpinan FAM yang dianggap gagal bekerja selama ini.

Regards,
-Strider-

29 comments :

  1. Assalamualaikum, yang lagi suami sheila bengang dengan ultras ni depa nyanyi FAM ******** kalau tak silaplah. tak bagus betul ultras nyanyi camtu. jatuh semangat kami nak tengok bola, pemain bola lagilah mesti fed up gila. should be ultras semua beri kesan positif. kalau FAM keji camne pun, tak perlulah nyanyi camtu. malu la orang luar dengar. masa tu malaysia lawan filipine la kat stadium selayang tu Y____Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 minit friendly match terhenti pun nak kecoh? FAM keji 30 tahun ada ko buat apa2?

      antara punca2 FAM kekal merudum adalah kerana penonton (bukan penyokong) bola tv dan kuaci stadium yang macam ni lah iaitu tidak berbuat apa2.

      tak boleh nak nyanyi macam tu apanya ini penyokong bolasepak seluruh dunia macam tu. adeh. suruh laki ko tonton tenis la tepuk2 tangan ala korporat la.

      Delete
  2. apa pun, UM memang thorbaikkkk!!! sokong UM, mungkin tindakan agresif ini diperlukan utk menyedarkan FAM yg lemau dan pasif!

    ReplyDelete
  3. tak patut ada smoke tu pada perlawanan...takut memudaratkan pulak pada yang lain

    ReplyDelete
  4. mmg susah nak paksa FAM tu berubah . stakat sepanduk atau hentam kat maya , mrk buat bodoh jer . tapi cara UM bakar smoke tu hanya menyebabkan negara luar mentafsir rakyat malaysia dari sudut yang negatif saja .

    ReplyDelete
  5. aku sokong dgn tindakan mereka..
    salah satu cara mengexprestasikandiri :P

    ReplyDelete
  6. FAM ni yang samseng. Perlawanan dngan stadium macam tu pun dia cas rm20.

    ReplyDelete
  7. politik ada dimana2 sahaja..huhu

    ReplyDelete
  8. ada FAM kisah?
    hhmm politikus dunia sukan

    ReplyDelete
  9. bersatu kita teguh,bercerai kita roboh...

    ReplyDelete
  10. nak protes tu dah betul tapi cara protes tu yang xberapa betul...

    ReplyDelete
  11. aiza tak mengikuti sangat sukan bola sepak ni lan.. bagus entri ini, memberi info kepada aiza.. churp2 je yang keluar..

    ReplyDelete
  12. Kita kongsi pendapat yang sama..Niat tu ok tapi cara tu tak kena rasanya..banyak lagi cara lain boleh buatkan..

    ReplyDelete
  13. Bilalah masalah FAM ni nak selesai.. dah mcm2 cara org buat pun masih tak faham2 juga. Mmg perbuatan tu tak patut, tp FAM tu lagi tak patut asyik tak faham2.. wallahualam..

    ReplyDelete
  14. pernah gak terdengar kes ni. huhu....

    ReplyDelete
  15. Bagus juga jadi macamni... Tapi sama je lahh FAM tetap mcmtu juga buatlah mcmn pun.. kau nak merajuk, kau nak berguling, diaorang tak kesah

    ReplyDelete
  16. sekarang ni stadium bola bukan tempat anak2..macam2 benda boleh jadi..

    kalau tak de UM sampai bila2 FAM tak paham kehendak peminat dan penyokong bolasepak.depa buat2 bebal je..

    ReplyDelete
  17. Allah, ika tak tahu menahu langsung pasal smoke flare bagai ni...busy sangat sampai apa2 perkembangan semasa pun tak tahu hahahahah

    ReplyDelete
  18. Susah sangatke nak rombak FAM tu? sayang sngat dengan jawatan tu.

    ReplyDelete
  19. Tak mengikut perkembangan bola.. :D

    ReplyDelete
  20. Perlu ada perubahan dalam FAM dan bolasepak malaysia keseluruhannya. Kalu dah rasa tak berjaya laksanakan bagi ajer orang lain teruskan. Buat penyokong pula, tujuan tu dah betul cuma cara tak berapa cantekk....flare dan bom asap tu ada kandungan amonia dan HN3....tidak bagus untuk kanak2 dan penghidap penyakit asma....laungan bangsat tu pula mcm tak best ajer bunyinya.....renungkan!

    ReplyDelete
  21. niesa sokong tindakan UM 118%! apa2 perkara yg dibuat mmg ada baik buruk..tp ada gak baca statement um yg dorg dh wat mcm2 cara tp FAM ttp x ambik peduli..xpe2...next time fikir lgi cara terbaik...majulah sukan utk negara..heee...

    ReplyDelete
  22. Nurul tak tau sgt pasal bola.. tp ape yg Nurul dengar dari peminat2 tegar bola disekeliling Nurul ni.. ramai yg bengang dgn FAM..

    ReplyDelete
  23. sempat tengok video kat fb je masa bom asap tu..

    ReplyDelete
  24. Qila suka je hehehehe rasa kelakor pun ada. Tulah, lain kali FAM jgn nak kuaja sangat ye dok? Ha padanmuka. Ramai sedar FAM selama ni jahat kan hikhik

    ReplyDelete